Tuesday, April 21, 2009

PUTRA IQRA CENTER

LOKASI PIC

PIC terletak di G11

DAFTARLAH SEKARANG

Nama :
No. K/pengenalan :
@Sijil Kelahiran
Nama Penjaga :
Jawatan :

PEMBELAJARAN

AGAMA
1. Iqra 1 hingga 6
2. Al-quran

AKADEMIK
1. Ulangkaji UPSR
2. Sesi menjawab soalan UPSR

• Silibus PMR akan diadakan sekiranya mendapat permintaan

PENGENALAN

PROGRAM KELAS AL-QURAN DAN KELAS TAMBAHAN

Program kelas Al-quran dan kelas tambahan ini merupakan satu aktiviti penggerak usaha-usaha memartabakan institusi keagamaan dan keilmuan ke peringkat pelajar dan kakitangan universiti dibawah Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam UPMKB.

Aktiviti yang diadakan dengan kerjasama jawatankuasa kerohanian perumahan Putra permai adalah merupakan khidmat komuniti para pelajar kepada ahli perumahan Putra permai. Aktiviti yang dijalankan ini merupakan satu inisiatif yang dilakukan dalam memartabatkan budaya keilmuan keagamaan dan akademik khususnya kepada anak-anak kakitangan universiti.

OBJEKTIF

1. Memberi khidmat komuniti kepada ahli perumahan Putra permai.
2. Meningkatkan budaya keilmuan dikalangan pelajar dan ahli perumahan Putra permai.
3. Menjadi satu medium dalam penguasaaan kemahiran kendiri.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan kakitangan universiti.

SASARAN

Ahli perumahan Putra permai

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1 Baderi bin Isenan (Penasihat)
2 Mohamad Hilmi bin Ibrahim (Pengurus)
3 Nurhilawati binti Hamzah (Penolong Pengurus dan Pembimbing Akademik)
4 Mohd Hakim bin Nasnan (Pembimbing Iqra Lelaki)
5 Nurul Ayuni binti Wan Mahmood (Pembimbing Iqra Perempuan)
6 Mohd Hanif bin M Amin (Pembimbing Al-Quran Lelaki)
7 Umi Alwani bin Munawer (Pembimbing Al-Quran Perempuan)
8 Mohd Nurhisyam bin Abdullah (Pembimbing Akademik)
9 Nur Nadiah Hani binti Rosli (Pembimbing Akademik)
10 Muhd Nur Hakim bin Muhd Nurwawi (Pembimbing Akademik)

PERJALANAN AKTIVITI KELAS AL-QURAN DAN KELAS TAMBAHAN

TARIKH/MASA PROGRAM OBJEKTIF

Setiap selasa,rabu dan khamis malam(7.30-8-30) Kelas Iqra dan Al-Quran -Memberi pengetahuan tentang ilmu bacaan Al-quran
Setiap sabtu pagi(9.00-11.00) Kelas Pembimbing Akademik -Membantu dalam pencapaian akademik

PENUTUP

Program Kelas Al-quran dan kelas tambahan ini perlu diwujudkan khas untuk anak-anak kakitangan universiti dalam usaha untuk mencapai sasaran komuniti Putra permai yang bestari. Oleh yang demikian diharapkan agar program ini mendapat kerjasama dan sokongan yang berterusan dari pelbagai pihak. Semoga program kelas Al-quran dan kelas tambahan akan mengharumkan nama UPMKB pada masa yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 

Admin

Laman ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam di bawah Bahagian Hal Ehwal Islam, Pejabat Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak.

Fasiliti Pusat Islam

Masjid
Bilik Mesyuarat
Bilik Seminar
Perpustakaan
Makmal Komputer
Wireless
PA System
Dapur

JAWATANKUASA PELAJAR PUSAT ISLAM UPMKB Copyright © 2009 Community is Designed by Bie